Sunday, February 28, 2010

Gambar2 Sekitar Majlis Perkahwinan Alyana Azmi dan Zuber (2)

Dua orang saudara kita yang macho.
Muammar Taufiqi & Muadz Amini bin Mustafa

 
Lagi tetamu sedang menjamu selera


 
Kelihatan Ashadi begitu sibuk melayan tetamu

 
Tetamu sedang menjamu selera

 
Tetamu sedang menjamu selera

 
Saudara-mara kita yang turut serta

Mak Teh Siroh dan Pak Teh Pa berbual-bual Prof Asmah dan Tuan Khalid

Depan: Dato' Arfanuddin dan Datin Faridah
Belakang: Dato' Afifuddin dan Datin Che Hasnah

Dah 'selamat' menjamu selera

Thursday, February 25, 2010

Andai Rasulullah s.a.w bersama kita

Andai Rasulullah s.a.w bersama kita



Assalamualaikum warahmatullah

Hari ini 12 Rabiul Awwal, hari kelahiran/kewafatan kekasih Allah yang kita cintai, Muhammad Rasulullah sallallahu alaihi wasallam [pakat-pakat selawat bila dengar/baca namanya disebut; kalau tak kita jadi kedekut].

Mungkin semalam kita dah dengar ceramah ustaz-ustaz di mana saja kita berada, jadi tak perlulah saya nak berceramah kepada ibu-ibu, bapa-bapa, abang-abang dan adik kakak sekalian. Tapi ada satu video tentang program menarik yang ingin saya kongsikan dengan saudara semua.

Tonton sampai habis video ni, dan sama-sama fikirkan - kalau Rasulullah ada dengan kita sekarang apa baginda rasa? Gembira? Bangga? Marah? Kecewa? Malu?

Selamat meraikan kedatangan insan mulia ini beserta risalah yang dibawanya. =)

Kiriman: Acap, London

Selamat Ulang Tahun Jahis Syahar Binti Jamal

JAHIS SYAHAR BINTI JAMAL menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-17 pada hari ini 26 Februari 2010. Jahis Syahar lebih mesra dipanggil Jahis ialah anak ke-5 dari pada 8 adik-beradik.

Anak kepada pasangan Ustaz Jamal bin Dato' Haji Hussain dan Puan Jemelah bt Saad, kini sedang menuntut di SMK Syed Mohamad Al-Bukhary, Alor Setar dalam tingkatan 5. Beliau akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun ini. Bapanya Ustaz Jamal bin Dato' Haji Hussain bin Haji Salleh adalah seorang guru dan ibunya juga seorang guru.

Semoga Jahis akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Kami juga mendoakan semoga Jahis beroleh kesihatan yang baik dan berjaya dalam mencapai cita-citanya. Amin

Wednesday, February 24, 2010

Selamat Ulang Tahun Muhammad Zikri Bin Ahmad Najib

MUHAMMAD ZIKRI BIN AHMAD NAJIB menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-22 pada hari ini 25 Februari 2010. Dilahirkan di Alor Setar, Muhammad Zikri adalah anak ke-3 bagi pasangan Tuan Haji Ahmad Najib bin Dato' Haji Hussain dan Puan Hajah Fathillah binti Ahmad Nasaruddin. 

Kedua-dua ibu bapa Muhammad Zikri adalah guru dan kini mereka baru sahaja bersara dari bidang pendidikan dan menetap di Taman Mulia, Alor Setar.

Muhammad Zikri kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam bidang kejuruteraan. Muhammad Zikri adalah dari Generasi ke-4 Keluarga Haji Salleh. 

Beliau memulakan pelajaran di SK Taman Uda dan kemudian menyambung pelajaran di SMK Dato Syed Omar sehingga ke Tkn 5. 

Kami mendoakan Muhammad Zikri diberikan Allah SWT kesihatan yang baik berjaya dalam mengejar cita-citanya. Amin

Selamat Ulang Tahun Mohd Asri Bin Mohd Din

MOHD ASRI BIN MOHD DIN menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-34 pada hari ini 25 Februari 2010. Mohd Asri adalah anak kepada pasangan Mohd Din bin Yusof dan Almarhum Rosnah binti Abdul Hamid. 

Anak bungsu dari 5 adik beradik ini yang terdiri dari 3 perempuan dan 2 lelaki ini telah berumahtangga dengan pasangannya Puan Siti Hamidah binti Mohamad Lasim pada 10 Februari 2002.  

Ibunya Almarhum Rosnah binti Abdul Hamid meninggal dunia beberapa minggu selepas Mohd Asri dilahirkan akibat 'tumpah darah'. Sejak dari hari itu, Mohd Asri dibesarkan oleh Mak Longnya iaitu Puan Hajah Shamsidar bin Abdul Hamid. 

Memulakan persekolahannya di SK Langgar dan kemudian ke Maktab Mahmud Alor Setar, kini Mohd Asri atau lebih mesra dengan panggilan Asri atau 'E', bekerja sebagai pegawai kastam di Klang, Selangor. Manakala isterinya, Puan Hamidah pula adalah seorang guru, juga bertugas di Klang, Selangor. Mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Kami mendoakan semoga Asri dan isteri dimurahkan rezeqi, diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan bergembira dengan kerjaya masing-masing. 

Di samping itu jangan putus harapan untuk berdoa supaya cepat dikurniakan zuriat. Insya Allah

Tuesday, February 23, 2010

Gambar2 Sekitar Majlis Perkahwinan Alyana Azmi dan Zuber (1)

 
Penganti bergambar bersama teman-temannya

 
Suasana di hadapan rumah pengantin


Tempat menjamu selera

Mak Teh Siroh dan keluarga melayan diri

Mak Anjang dan anak-anak menjamu selera

Lagi gambar tetamu menjamu selera

Tetamu menjamu selera

Inilah dia menu yang menarik dan enak disediakan oleh AO

Sunday, February 21, 2010

Majlis Perkahwinan Masrurul Azni Bin Abdul Aziz pd 20-02-2010.

Tahniah buat Asrul kerana melangsungkan perkahwinan dgn gadis pilihan, Zaiayu bt Abdul Rahman.

Asrul merupakan generasi ke-4  dan anak ke-3 kepada pasangan Encik Abdul Aziz bin Hj Abdul Hamid bin Hj Salleh dan Puan Siti Rohani bt Hj Kassim.

Majlis telah berlangsung di Kuantan, dan ramai juga anak cucu Hj Salleh yang datang memeriahkan majlis. Terima kasih kerana sudi datang.

Gambar terdiri daripada generasi ke-3 (Pn Samsidar, En. Abd. Aziz, En. Ahmad Taufik) hingga generasi ke-6 (Anak kpd Nur Fatil Ayuni).

Saturday, February 20, 2010

Selamat Ulang Tahun Nurin Darwiesya Binti Mohamad Zaki

NURIN DARWIESYA BINTI MOHAMAD ZAKI menyambut hari ulangtahun ke-3 kelahiran pada hari ini 21 Februari 2010. Nurin Darwiesya adalah anak kepada pasangan Puan Nurul Lydia binti Ahmad Taufik dan Encik Mohamad Zaki bin Abu Bakar. 

Cucu kepada Encik Ahmad Taufik bin Abdul Hamid bin Haji Salleh ini adalah dari Generasi ke-5. Ibu Nurin Darwiesya bekerja sebagai Jurupulih Anggota (Fisiotrafi) di Pendang, Kedah. Ibu bapa Nurin telah mendirikan rumahtangga pada 1 Mei 2006. 

Kini ibu bapanya telah berpisah sejak beberapa bulan yang lalu. Nurin Darwiesya kini tinggal bersama ibu dan datuknya di Alor Setar. 

Kami mendoakan semoga Nurin Darwiesya bertambah sihat dan bergembira bersama keluarga.

Friday, February 12, 2010

Gambar Keluarga Haji Omar bin Haji Salleh

Gambar Keluarga Haji Omar bin Haji Salleh

 
Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Duduk, dari kiri:
Hajah Sarifah (isteri Haji Abdullah), Hajah Aishah, Haji Omar, Asmah@Asriah, Aunah dan Aas@Azman

Berdiri, dari kiri:
Azizah, Haji Abdullah, Affifuddin, Khalid (suami Asmah) dan Azizi

Gambar dirakam sekitar tahun 60'an

Pengirim: Hazidi Abdul Hamid Hanis bt Hazidi

Gambar keluarga Haji Abdullah bin Haji Omar

Gambar Keluarga Haji Abdullah bin Haji Omar


Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Dari kiri: Hazidi Abdul Hamid (suami Sharain), Sharain Haji Abdullah,
Hajah Sarifah Sharif, Almarhum Haji Abdullah Hj Omar, 
Sazlinda Sazali (isteri Azlan) dan Azlan Haji Abdullah.

Kanak-kanak pula, dari kiri: Shahirah Hazidi dan Hanis Hazidi (cucu)

Gambar dirakam pada tahun 2002

Gambar kiriman: Hazidi Abdul Hamid Hanis bt Hazidi

Correct me if I'm wrong

Terima kasih.

Selamat Ulang Tahun Tiara Puteri Zalzana bt Nursyah Rizal

TIARA PUTERI ZALZANA BT NURSYAH RIZAL menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-4 pada hari ini 13 Februari 2010. Tiara Puteri adalah anak kepada Encik Nursyah Rizal bin Syariffuddin bin Abdul Hamid bin Haji Salleh.

Tiara Puteri dari Generasi ke-5 adalah anak sulung dari dua adik beradik. Beliau adalah cahaya mata kepada pasangan Encik Nursyah Rizal bin Syarifuddin dan Puan Nurjannah Binti Sulaiman Ali. Tiara Puteri mempunyai seorang adik lelaki bernama Muh. Attarsyah Rizal yang baru berusia 11 bulan.

Satu-satunya ahli keluarga Haji Salleh yang masih menetap di Indonesia., datuk kepada Tiara Puteri, Syarifuddin bin Abdul Hamid dari Generasi ke-3 kini  menetap di Pekan Baru, Sumatera Barat dan ada ketikanya menetap di Tanjung Pinang, Indonesia kerana beliau juga mempunyai rumah di Tanjung Pinang. 

Bapa Tiara Puteri, Nursyah Rizal bin Syarifuddin kini menetap di Jalan Cempaka Putih, Jakarta Pusat, Jawa Barat, adalah seorang Jurutera (insinyur) dan bertugas dengan Pemerintah (Kerajaan) Indonesia. Bidang kerja beliau adalah dalam urusan galian dan alam sekitar. Manakala ibu Tiara Puteri, Puan Nurjannah berasal dari Aceh, juga bertugas dengan Pemerintah Indonesia dalam bidang perubatan. 

Kami mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-4 kepada Tiara Puteri Zalzana, semoga panjang umur, cepat membersar, dimurahkan rezeqi dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Amin.


***nota: Maaf, tiada gambar untuk disertakan. Harap bersabar

Thursday, February 11, 2010

Selamat Ulang Tahun Puan Hajah Nor Kamaliah bt Ghazali

Puan Hajah Nor Kamaliah bt Ghazali, dilahirkan pada 12hb Februari 1958, hari ini menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-52. Anak sulung dari 2 orang adik-beradik, Puan Hajah Nor Kamaliah telah berkahwin dengan Tuan Haji Aizuddin bin Dato' Haji Hussain bin Haji Salleh, pada pada 30hb Disember 1982 kini mempunyai 4 orang cahaya mata. Aizul Kamal (27), Maryam Jameelah (23), Ibrahim Hanif (19) dan Aisyah Nuroni (17).

Puan Hajah Nor Kamaliah adalah graduan Sains lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dahulunya dikenali dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan, Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Beliau yang dilahirkan di Changkat Jering, Perak kini bertugas di sebuah sekolah mengngah di Taiping, Perak.

Suami beliau, Tuan Hai Aizuddin juga seorang guru kini bertugas di sebuah sekolah mengengah di Trong, Perak sebagai Pengetua. Mereka kini menetap di Changkat Jering, Perak.

Kepada Puan Hajah Nor Kamaliah, kami mendoakan semoga beroleh kesihatan yang baik, dimurahkan rezeqi oleh Allah SWT dan berbahagia di samping keluarga.



***Nota: Harap Maaf, tiada foto untuk diletakkan.

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Ulang Tahun Puan Hajah Sokkeria A Hamid

Puan Hajah Sokkeria Bt A Hamid dilahirkan pada 11hb Februari 1955, hari ini menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-55. Anak kedua dari 6 adik-berdik ini adalah anak kepada Almarhum Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh dan Hajah Sanijah bt Haji Salleh Lembut. Puan Hajah Sokkeria telah berkahwin dengan Tuan Haji Abdull Jalil bin Bahari pada 29.hb Mei 1983 dan  kini mempunyai 6 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Anak-anak Puan Hajah Sokkeria adalah Anis Fitriah (25), Mohd Asyraf (23), Muhammad Afnan (21), Auni Najihah (19), Muhamad Afiq (17) dan Aufa Syukrina (13). Puan Sokkeria kini bertugas sebagai guru di SMK Ideal Heights, Selayang, Selangor. Insya Allah, tahun 2011, Puan Sokkeria akan mula bersara. Beliau yang lebih mudah dikenali dengan panggilan 'Kak Kiya',  'Kak Syuk' atau 'Mak Ngah' adalah seorang peramah dan menyayangi kanak-kanak.

Puan Hajah Sokkeria mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Langgar, Alor Setar, kemudianya melanjutkan pelajaran menengahnya di SMK Sultanah Asma, dan seterusnya ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dahulunya dikenali dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan (ITK), Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Memulakan kerjayanya sebagai guru di SMK Seri Gunung Alor Setar, kemudian ke SMK Tajar dan bertukar ke SMK Bukit Gading, Sungai Buluh, Selangor selepas berkahwin. Kini Puan Sokkeria sudah berkhidmat selama  lebih 30 tahun sebagai pendidik dan matapelajaran utamanya ialah Sains menengah rendah.

Puan Hajah Sokkeria kini tinggal di Desa Jaya, Selangor bersama-sama suaminya Tuan Haji Abdull Jalil bin Bahari. Semoga Puan Sokkeria ceria di samping keluarga dan dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeqi.


**ralat: Insya Allah, Puan Hajah Sokkeria akan bersara pada tahun 2013 pada usia 58 tahun.
**ralat kedua juga sudah dibetulkan, terima kasih atas teguran

Saturday, February 6, 2010

Selamat Ulang Tahun Zulfadzli bin Haji Zaini

ZULFADZLI BIN HAJI ZAINI dilahirkan pada 19hb Januari 1986 menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-24 pada 19hb Januari yang lalu. Oleh kerana maklumat yang dimasukkan sudah lewat beberapa hari, kami mengucapkan selamat hari ulangtahun kepada Zulfadzli hari ini.

Zulfadzli adalah anak sulung daripada 6 adik-beradik anak-anak pasangan Tuan Haji Zaini bin Haji Hussain dan Puan Hajah Roziyati bt Rahim. Beliau adalah dari Generasi ke-5 Keluarga Haji Salleh iaitu cicit Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh.

Zulfadzli, seorang peniaga yang berjaya, mempunyai 2 adik lelaki dan 3 adik perempuan. Beliau mengikuti jejak bapanya Tuan Haji Zaini, juga seorang peniaga yang berjaya. Ibunya pula suri rumahtangga sepenuh masa.

Dikenali dengan panggil 'Zul' kini masih bujang dan tinggal bersama-sama ibu bapanya di sebuah taman perumahan di Sungai Lalang, Sungai Petani.

Kepada Zulfadzli, kami mendoakan anda semakin maju jaya dalam karier dan dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeqi. Amin.

Thursday, February 4, 2010

Majlis Kahwin lagi

Petang tadi Pak Anjang ada menerima satu kad jemputan kahwin. Datangnya daripada saudara-mara kita juga yang akan diadakan pada Sabtu, 13hb Februari 2010 nanti. Kepada yang sudah menerima jemputan, diharap dapat bersama-sama saudara-mara kita di majlis tersebut.

 
 Muka depan Kad Jemputan


 
 Muka dalam Kad Jemputan

 
 Muka belakang Kad Jemputan

Tahniah kepada Alyana dan suami, serta keluarga.

Wednesday, February 3, 2010

Selamat Ulang Tahun Puan Hajah Sarifah Binti Sharif

Puan Hajah Sarifah Binti Sharif menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-66 pada hari ini. Dilahirkan pada 4hb Februari 1944, Puan Hajah Sarifah adalah balu kepada Almarhum Haji Abdullah bin Haji Omar bin Haji Salleh. Almarhum Haji Abdullah meninggal dunia pada 24hb Disember 2006 kerana mengidap penyakit kencing manis.

Puan Hajah Sarifah adalah anak ke-3 dari 6 orang adik-beradiknya yang mana kesemuanya masih sihat wal'afiat. Oleh kerana aruah bapanya Haji Sharif bin Sutan Sidi seorang pegawai perhutanan, beliau bersekolah di banyak tempat, antaranya di Selangor dan Melaka (peringkat sekolah rendah), di Kelantan (Tkn 1-3) dan di SMK Sultanah Asma, Alor Setar semasa di tingkatan 4 dan 5.

Puan Hajah Sarifah telah berkahwain dengan Almarhum Haji Abdullah bin Haji Omar pada 31hb Disember 1960, semasa beliau tinggal dengan keluarganya di Jitra, Kedah. Beliau dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sharain binti Haji Abdullah (44) dan Azlan bin Haji Abdullah (34). Kedua-dua anak beliau juga telah berkahwin dan kini beliau mempunyai 4 orang cucu.

Puan Hajah Sarifah yang juga dikenali sebagai 'Ipah', 'Kak Ipah', 'Mak Long' atau 'Opah' kini tinggal di Petaling Jaya, Selangor berhampiran kediaman adik iparnya Prof Dr Asmah @ Asriah Haji Omar. 

Kami mendoakan semoga Puan Hajah Sarifah diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeqi oleh Allah SWT.

**nota: jika tersalah gambar, harap beritahu

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Ulang Tahun Muhammad 'Imaduddin bin Aziz

Muhammad 'Imaduddin Bin Aziz menyambut hari ulangtahunnya yang ke-12 dilahirkan pada 3hb Februari 1998. Beliau kini sedang belajar dalam Tahun 6 di SK Taman Uda, Alor Setar. Tahun ini beliau akan menduduki UPSR bersama dengan beberapa orang lagi saudara-mara kita.

Muhammad 'Imaduddin yang lebih gemar dipanggil IMAD adalah anak bongsu bagi pasangan Encik Aziz bin Osman dan  PuanNorlela bt A Hamid. Beliau mempunyai 2 orang abang dan 2 orang kakak. Imad adalah daripada Generasi ke-4 Keluarga Haji Salleh, sebelah Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh. Imad juga adalah seorang yang murah senyman dan bercita-cita menjadi seorang doktor satu hari kelak.

Bapa Imad, Encik Aziz bin Osman bekerja di Telekom Malaysia, Alor Setar dan ibunya pula Puan Norlela bekerja di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra. Imad kini tinggal bersama-sama kedua ibubapanya di Jalan Langgar, Alor Setar.

Semoga Imad akan mencapai cita-cita yang diidamkan itu dengan belajar bersungguh-sungguh dari sekarang. Kami doakan Imad diberi oleh Allah kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga

Monday, February 1, 2010

Selamat Ulang Tahun Ashadi Azmi

ASHADI BIN AZMI menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-30 dilahirkan pada 2 Februari 1980 adalah seorang pakar komputer kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di salah sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan di Negeri Kedah.

Anak sulung kepada pasangan Encik Azmi bin Haji Omar dan Puan Zainah binti Haji Shuib mempunyai 2 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Beliau adalah daripada Generasi ke-4 keluarga Haji Salleh telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Puan Laili Husna bt Othman pada 2 Februari 2004.

Bapa Ashadi, Azmi bin Haji Omar adalah seorang juruhebah popular radio Kedah FM yang dikenali sebagai 'AO'. Kini bapanya sudah bersara.

Ashadi yang lebih mesra dipanggil 'ADI' telah dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Arifah (5) dan Arifuddin (8 bulan) kini menetap di Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah.

Semoga Ashadi sihat dan ceria selalu di samping isteri dan anak-anak dan diberikan oleh Allah SWT kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin.

***nota: Maaf, tiada foto untuk dipamerkan.