Tuan Haji Syarifuddin Abdul Hamid bersama Pak Andak Solhi
di Pulau Penyengat, Tanjung Pinang
Satu lagi pesta (majlis) perkahwinan anak cucu Haji Salleh akan berlangsung pada 28 Jun 2010 nanti. Kali ini melibatkan cicit Haji Salleh, dari jaluran Haji Abdul Hamid. Pesta ini akan berlangsung di Tanjung Pinang, Indonesia. Farjria Rahma Hidayati binti Syarifuddin bin Abdul Hamid bin Haji Salleh akan bernikah dengan pilihan hatinya Joko Kurniawan. Kedua-dua pasangan ini menetap dan bekerja di Tanjung Pinang juga.
Joko Kurniawan
Bakal menantu Tuan Haji Syarifuddin
Farjria Rahma Hidayati dari generasi keempat keluarga Haji Salleh adalah anak kedua kepada pasangan Syarifuddin Hamid dan Nurfarida. Selain Farjria, Nusyah Rizal anak sulung, bekerja dan menetap di Jakarta sudah mempunyai sepasang cahaya mata, Muhhammad Sulthani anak ketiga masih kuliah (menuntut) di Universiti Andalas, Padang dan Rahmi Rahmadhani anak bongsu, kini sedang menjalani latihan praktikum keguruan di Pekan Baru, Sumatra.
Tarikh yang dipilih itu bersempena dengan hari libur persekolahan (cuti sekolah) dua minggu yang bermula pada 19 Jun. Di Malaysia pula baru saja selesai cuti persekolahan dua minggu, minggu lepas.
Pak Andak Solhi berposing dekat jadual feri
Baru-baru ini semasa cuti persekolahan, Pak Anjang dan Pak Andak (Solhi) berkesempatan mengunjungi Tanjung Pinang selama 3 hari. Kunjungan silaturrahim ke Tanjung Pinang ini adalah yang pertama bagi kami dan kunjungan ini dibuat kerana pada tarikh pesta tersebut, kami sudah mulai bertugas. Kami ke sana melalui penerbangan dari Jakarta.
Untuk sampai ke Tanjung Pinang dari Malaysia, kita boleh menggunakan perkhidmatan feri dari Pelabuhan Stulang, Johor Baharu terus ke Pelabuhan Tanjung Pinang. Perkhidmatan feri 3 kali setiap hari (waktu pagi, tengahari dan petang) ini mengenakan tambang sebanyak RM90 sehala atau RM150 pergi balik. Perjalanan dengan feri yang memakan masa lebih kurang 2 jam ini sangat selesa dan nyaman.
Sedang tawar menawar harga telur penyu
Ada yang sudah direbus dan yang mentah
Kepada sanak saudara yang telah dijemput ke pesta tersebut silalah mengunjungi Tanjung Pinang. Di sana anda boleh membeli belah seperti di Jakarta atau Bandung. Pemeriksaan Kastam di Johor Baharu tidaklah begitu cerewet.
Menanti matahari tenggelam di waktu senja di Tanjung Pinang
Kepada Farjria Rahma Hidayati dan Joko Kurniawan, kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga-moga berkekalan sehingga ke akhir hayat nanti. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment